LEADERS IN DIGITAL TRANSFORMATION AGENDA
MEREALISASIKAN VISI UNISEL MELALUI PENYEDIAAN PERKHIDMATAN ICT YANG MENYELURUH DAN BERKUALITI
Di Pusat Digital, kami komited untuk mempertingkatkan pengurusan dan perkhidmatan ICT universiti melalui penerapan teknologi terkini yang mampu menyokong kecemerlangan akademik, operasi, dan komuniti kampus secara menyeluruh selari dengan tagline Peneraju Agenda Transformasi Digital.
Selaras dengan Piagam Pelanggan UNISEL, kami sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif, dan mesra pengguna kepada seluruh warga universiti. Kami percaya bahawa setiap sistem dan kemudahan digital yang disediakan bukan sahaja perlu berfungsi dengan baik, tetapi juga menyumbang kepada pengalaman pembelajaran dan kerja yang lebih lancar, selamat dan berimpak tinggi.
Seiring dengan Polisi Kualiti UNISEL, Pusat Digital berpegang kepada prinsip penambahbaikan berterusan, memastikan setiap proses dan inisiatif digital dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Kami beriltizam untuk menjadi rakan strategik dalam menjayakan transformasi digital universiti, serta merealisasikan visi UNISEL sebagai institusi pendidikan unggul yang progresif dan mampan.
Terima kasih atas sokongan semua dalam menjayakan agenda digital universiti ini.
Mohd Darnalis bin A. Rahman
Pengarah
Pusat Digital
Universiti Selangor
“Dedicated minds shaping UNISEL’s innovation, service, and digital excellence.”
UNISEL Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor.
UNISEL Jalan Timur Tambahan 45600 Bestari Jaya Selangor.
CONTACT INFORMATION: P.DIGITAL
Phone: 03-55223434 (USA)
Phone: 03-32805199 (UBJ)
Phone: 03-55223515 (UPD)
Email: digital@unisel.edu.my